Panorama sekolah Sekolah_Menengah_Sains_Muzaffar_Syah

Asrama Putera 2017

MOZAC terkenal di kalangan sekolah di Malaysia kerana mempunyai pandangan yang sangat indah. Biarpun bangunannya lama, namun pemandangan seluruh negeri Melaka sehingga menampakkan Gunung Ledang ini amat sukar untuk dilepaskan sekiranya seseorang melawat MOZAC. Terdapat juga beberapa tempat yang amat menarik untuk dijadikan lokasi penggambaran.

Suasana sekolah yang pada kebiasaannya berkabus pada waktu pagi membekalkan udara yang segar dan suasana yang dingin kepada pelajar MOZAC. Selain itu, keadaan fizikal MOZAC yang tinggi ini membuatkan pelajar lebih aman dan tenteram kerana kurang pencemaran bunyi dan pencemaran udara.

MOZAC boleh juga dianggap sebagai tempat peranginan kerana suasana yang aman dan tenteram. Di samping itu, antara pemandangan yang menjadi tarikan di sini ialah pemandangan ketika terbitnya matahari dan terbenamnnya matahari. Pada masa-masa tersebut, langit akan kelihatan oren dan udaranya yang nyaman akan membuatkan sesiapa yang berada di situ berasa tenang.

Pemandangan sekolahPemandangan Al-AbrarSurau Al-Abrar Mozac

Terdapat 3 blok akademik di MOZAC. Blok 1 secara umumnya menempatkan pejabat sekolah, bilik guru, bilik-bilik khas dan beberapa kelas menengah bawah. Blok 2 pula secara keseluruhannya menempatkan kelas-kelas tingkatan satu dan perpustakaan sekolah. Blok 3 pula menempatkan semua kelas menengah atas dan makmal-makmal sekolah.

Pandangan dari sekolah

Secara umumnya terdapat sejumlah 3 blok bangunan yang menempatkan pelajar MOZAC. 2 daripadanya merupakan blok gabungan yang menempatkan pelajar lelaki manakala sebuah blok asingan menempatkan pelajar perempuan. Asrama puteri (Aspuri) dan Asrama putera (Aspura) dipisahkan oleh Dewan Sultan Megat Iskandar Syah yang merupakan dewan makan sekolah ini.

Surau Al-Abrar baharu yang siap dibina pada tahun 2016 menggantikan Surau Al-Abrar yang lama. Pembinaan surau ini mengambil masa selama 2 tahun. Surau yang berkonsep terbuka ini direka oleh arkitek kerana kedudukan MOZAC yang tinggi sudah pun menjadikan pengudaraan di dalam surau satu perkara yang tidak perlu diberi perhatian. Surau yang terdiri daripada 4 bahagian ini mampu menampung sehingga lebih 700 orang pelajar. Pengurusan surau ini diletakkan sepenuhnya ke atas Badan Pengawas, Badan Dakwah dan Kerohanian IslamĀ (BADRI). Mereka bertanggungjawab menguruskan kebersihan dan menyelia program-program seperti bacaan Surah Al-Kahfi pada hari Jumaat.

Panorama sekolah yang menghijau.

Rujukan

WikiPedia: Sekolah_Menengah_Sains_Muzaffar_Syah http://etintamozac.blogspot.com/2010/03/bersama-to... http://etintamozac.blogspot.com/2010/03/pada-hari-... http://etintamozac.blogspot.com/2010/03/sesi-temub... http://muzaffarsyah.blogspot.com http://graduates.com/ss.aspx?id=255146 http://www2.hmetro.com.my/articles/Bambang_juruter... http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&d... http://www.sinarharian.com.my/rencana/sanggup-berl... http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=1999&dt... http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt...